Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 324 kematian akibat Covid-19 direkodkan setakat pukul 11.59 malam tadi termasuk tunggakan kes (backlog) yang belum dilaporkan sebelum ini.

Berdasarkan data yang dikongsi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada laman sesawang COVIDNOW, jumlah kematian sebenar purata tujuh hari lalu adalah 109 kes.

Ini menjadikan jumlah kumulatif angka korban akibat Covid-19 di negara ini adalah 23,067, manakala 70 kes kematian di luar hospital (BID) dilaporkan berlaku.

Dalam perkembangan lain laman sesawang berkenaan turut melaporkan jumlah kes yang masih lagi aktif adalah 219,359 dengan 11,339 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital.

Jumlah itu bersamaan 68.6 peratusan penggunaan keseluruhan katil di hospital di seluruh negara.

Dalam pada itu, laman sesawang berkenaan turut berkongsi angka jumlah yang menjalani kuarantin di rumah iaitu sebanyak 182,857 atau 83.4 peratus. – MalaysiaGazette