Cristiano Ronaldo. Foto Daily Star.

LONDON – Manchester United layak mendapat sepakan penalti sekurang-kurangnya satu daripada tiga keputusan yang dipertikaikan oleh Cristiano Ronaldo.

Salah satu daripada tersebut adalah ketika bintang sensasi telah dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh Kurt Zouma dan pengadil perlawanan Martin Atkinson tidak mengambil sebarang tindakan terhadap kekasaran tersebut.

Bekas pemain United, Bastian Schweinsteiger yang telah menonton perlawanan semalam  juga tidak bersetuju dengan keputusan pengadil perlawanan terhadap kekasaran yang menimpa Ronaldo.

Dia menyifatkan sebagai satu keputusan yang tidak bernasib baik bagi penyerang antarabangsa Portugal itu.

“Itu seharusnya sepakan penalti, tidak dinafikan. CR7 telah dijatuhkan oleh Kurt Zouma,” tulisnya di media sosial.

Pengurus United, Ole Gunnar Solkjaer juga tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil.

Namun dia gembira selepas De Gea menyelamatkan sepakan penalti minit terakhir Noble yang mengesahkan United pulang dengan tiga mata penuh.

“Ia sangat mengecewakan apabila kami menonton video semula. Dua kekarasan tersebut seharusnya adalah penalti. Namun kita tidak boleh menentang keputusan yang dibuat oleh pengadil perlawanan.

‘Yang pertama, pemain itu telah menghalang larian Ronaldo dengan kakinya dan dia dijatuhkan. Itu adalah satu kekasaran. Yang kedua, Ronaldo telah dijatuhkan oleh Kurt Zouma dalam perebutan bola dan kakinya kena kepada kaki CR7.

“Perkara sebaliknya berlaku kepada Paul Pogba, dia tidak menyentuhnya tetapi dia yang berlari ke arah Pogba namun itu dikatakan kekasaran yang dilakukan oleh Pobga. Sesuatu yang pelik,” katanya. – MalaysiaGazette