Petugas kesihatan memberikan suntikan vaksin kepada orang ramai pada program vaksinasi COVID-19 ketika di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Universiti UCSI, Cheras. Foto MOHD ADZLAN, 07 JULAI 2021. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Malaysia telah mencapai 80 peratus vaksinasi lengkap.

“Tahniah,” kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, walaupun sudah mencapai sasaran awal, kerajaan akan meneruskan usaha untuk memerangi Covid-19

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, jumlah vaksinasi itu dicapai pada jam 1 petang tadi.

Menurut beliau, meskipun sasaran awal negara untuk mencapai 80 peratus populasi dewasa divaksin tetapi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 akan menjejaki baki 20 peratus penduduk yang belum dan enggan divaksinasi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast