KUALA LUMPUR – Para peniaga ayam diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan terhadap terhadap pembukaan sektor ekonomi untuk menaikkan harga secara mendadak.

Pengarah Penguat Kuasa, Bahagian PenguatKuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Azman Adam yang memberi amaran itu berkata, setiap dakwaan kenaikan perlu diiringi dengan bukti.

”Ini bermakna, peniaga perlu menunjukkan bukti kepada kementerian punca kenaikan harga ayam.

“Apa yang diperkatakan baik dari industri dan pengguna kita berasaskan fakta, sebab itu kita menekankan apa juga bukti kalau dedak harga naik tunjuk dengan kami harga naik ,apa puncanya dari situ kami akan jalankan siasatan,” ,” katanya  menerusi SKOP MG bertajuk ‘Mahalnya Ayam Sekarang! Peniaga atau pemborong di mana kuasa pengguna’.

Mengulas lanjut, beliau berkata, strategi KPDNHEP  melaksanakan pemantauan sebanyak yang boleh untuk memastikan tiada kenaikan harga ayam secara tidak munasabah dan kemudian menghimpit pengguna yang tidak mempunyai pilihan.

Pemantauan ini kata Azman, bertujuan mengelakkan kementerian  mengeluarkan denda kepada peniaga tanpa mempertimbangkan bukti kukuh.

Azman berkata, secara purata harga ayam sekarang adalah dalam lingkungan RM8.74 sekilogram.

Sementara itu Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Mohd Yusof Abdul Rahman berpendirian, peniaga yang bertanggungjawab adalah yang mewujudkan ekosistem perniagaan dan sistem penjualan yang menang-menang dengan pelanggannya.

Meskipun tidak dapat dinafikan berlaku peningkatan permintaan bekalan ayam daripada restoran yang sudah mula beroperasi, namun ia bukan satu alasan untuk pembekal dan penternak menaikkan harga sewenangnya.

“Berlaku peningkatan permintaan, jadi harga naiklah tapi perlu juga wujudkan situasi menang-menang untuk pengguna.

“Pada masa sama berharap pemborong dan  penternak dapat menikmati harga setimpal supaya mereka dapat meneruskan perniagaan,”katanya sebagai seorang lagi panelis SKOP MG pada malam ini.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast