Celebrity cum entrepreneur, Neelofa and her celebrity Islamic preacher Haris Ismail (PU Riz) arrives at the Seremban Courts Complex in Negeri Sembilan to be charged for interstate travel to purchase carpet. PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 20 MAY 2021. DNAA
Celebrity cum entrepreneur, Neelofa and her celebrity Islamic preacher Haris Ismail (PU Riz) arrives at the Seremban Courts Complex in Negeri Sembilan to be charged for interstate travel to purchase carpet. PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 20 MAY 2021. Selebriti, Neelofa bersama suaminya yang juga pendakwah selebriti, Haris Ismail atau dikenali sebagai PU Riz berjalan keluar selepas hadir ke mahkamah bagi pendakwaan atas kesalahan merentas negeri untuk membeli karpet di Kompleks Mahkamah Seremban, Negeri Sembilan. Foto AFFAN FAUZI, 20 MEI 2021.

SEREMBAN – Pihak pembelaan dalam kes selebriti Noor Neelofa Mohd Noor dan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail akan mempertimbangkan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara berhubung pertuduhan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah kedai karpet, di Nilai, awal Mei lepas.

Perkara itu dimaklumkan peguam yang mewakili pasangan itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ketika sebutan semula kes di hadapan Majistret Mahyun Yusuf hari ini.

Bercakap kepada pemberita, Muhammad Shafee berkata: “Saya baru dapat (dokumen) itu, jadi kami akan kaji dokumen ini untuk persiapan pembelaan ataupun untuk membuat satu representasi berdasarkan dokumen yang kami ada supaya tidak buang masa.

“Ia adalah perkara kecil, daripada semut jadi gajah,” katanya selepas prosiding kes berkenaan di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Proses sebutan semula hari ini melibatkan penyerahan dokumen pihak pendakwaan kepada pihak pembelaan yang diketuai peguam Muhammad Shafee serta Ramzani Idris, Muhammad Farhan Muhammad Shafee dan Syahirah Hanapiah manakala pihak pendakwaan pula diwakili, Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Aling dan Iznina Hanim.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 21 Okt depan.

Terdahulu, pasangan berkenaan tiba di mahkamah kira-kira 8.40 pagi.

Pada 20 Mei lalu, pasangan itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengikut Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.

Kesalahan itu didakwa dilakukan mereka ketika berada di sebuah premis menjual karpet di pusat perniagaan Nilai 3, dekat sini, pada 2 Mei lalu dan berdepan dengan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara hingga enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Muhammad Haris, 26, didakwa atas dua kesalahan gagal mematuhi SOP PKPB dengan tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk atau menulis secara manual serta tidak memakai pelitup muka di Kedai Naeem Carpet Sdn Bhd, Kawasan Perindustrian Nilai 3, Nilai, pada  4 petang, 2 Mei lalu.

Neelofa, 32, pula dituduh tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk di premis itu atau menulis secara manual pada masa dan tarikh sama. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast