IGP Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani EMCO vaccination
Acryl Sani Abdullah Sani

KUALA LUMPUR – Khidmat Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani sebagai Ketua Polis Negara dijangka disambung dua tahun lagi.

Beliau sepatutnya bersara 2 Oktober ini.

Sumber memberitahu, khidmat Acryl yang baharu menerajui Polis Diraja Malaysia (PDRM) hampir lima bulan masih diperlukan berikutan suasana negara yang dibelenggu pandemik Covid-19 dan juga senario politik yang belum stabil.

Ia juga berikutan Pilihan Raya Umum (ke-15 (PRU15) yang dijangka diadakan beberapa bulan lagi.

Acryl dilantik pada Mei lalu menggantikan Tan Sri Abdul Hamid Bador dan merupakan Ketua Polis Negara ke-13.

Artikel berkaitan:

Anak kelahiran Petaling Jaya itu memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Sains (Pengurusan) daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) dan menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 2 Februari 1986 sebagai Kadet Asisten Superintendan Polis (ASP).

Beliau pernah menyandang jawatan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial serta Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi.

Jawatan Timbalan Ketua Polis Negara kini disandang Datuk Seri Mazlan Lazim. – MalaysiaGazette