KUALA LUMPUR – Susulan penerbitan artikel mengenai Lesen Memandu Malaysia (LMM) membabitkan warga emas berusia 70 tahun yang diterbitkan semalam, MalaysiaGazette (MG) ingin menjelaskan terdapat kesilapan fakta dalam berita tersebut.

Kesilapan berlaku kerana masalah teknikal ketika memproses Live FB kenyataan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong semalam.

Bagaimanapun artikel berkenaan sudah dipadamkan di semua portal kami dan semua saluran media sosial MalaysiaGazette dan versi pembetulan sudah diterbitkan pada hari yang sama.

ARTIKEL BERKAITAN

Tarik semula lesen memandu warga emas pilihan terakhir – Menteri