Longkang di Jalan Bunga Tanjung 4, Kampung Baru Hicom, Shah Alam dipercayai tempat kanak-kanak terjatuh.

SHAH ALAM – Mayat mangsa lemas, seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun, yang terjatuh ke dalam longkang di Jalan Bunga Tanjung 4, Kampung Baru Hicom dekat sini semalam telah ditemukan pagi ini.

Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis dalam kenyataan berkata mayat mangsa ditemukan orang awam di dasar longkang dengan jarak 15 meter dari tempat mangsa dipercayai jatuh, pada pukul  8.42 pagi.

Artikel berkaitan:

Kanak-kanak perempuan dikhuatiri lemas terjatuh dalam longkang dibawa arus – Bomba

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Mangsa sebelum ini dilaporkan dikhuatiri hanyut dibawa arus deras selepas terjatuh ke dalam longkang pada 6.18 petang semalam.

— BERNAMA