Sebanyak 13 kluster baharu Covid-19 hari ini.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 15 kluster baharu Covid-19 hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sembilan daripada kluster baharu itu membabitkan komuniti.

Baki enam lagi kluster adalah berkaitan dengan tempat kerja.

“Kluster-kluster itu dikesan di Johor, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Kelantan, Pahang dan Terengganu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dr. Noor Hisham turut memberitahu, sebanyak 1,151 kluster yang masih diklasifikasikan aktif namun 4,296 sudah ditamatkan di seluruh negara.

Katanya lagi, seramai 986 pesakit kini sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi dengan 574 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan. – MalaysiaGazette