Kebanyakan stesen petrol di UK kehabisan bekalan. foto PA Media

LONDON – Kerajaan Britain meletakkan anggota tentera dalam keadaan bersiap sedia sebagai langkah berjaga-jaga mengatasi krisis rantaian bekalan yang menyebabkan kekurangan petrol di stesen-stesen minyak di tengah-tengah pembelian panik oleh pengguna.

Langkah menggerakkan tentera itu dilakukan selepas berlaku kekurangan pemandu trak yang membawa bekalan minyak hingga menjejaskan penghantaran bekalan serius dalam kalangan peruncit dan restoran.

Kekurangan pemandu ini menyebabkan stok bahan bakar tidak sampai ke stesen-stesen minyak.

Amaran kekurangan bekalan bahan bakar yang dimaklumkan pada akhir minggu lalu menyebabkan pembelian panik.

Deretan kereta di stesen-stesen minyak kerana terpaksa menunggu berjam-jam untuk mengisi minyak.

“Walaupun industri bahan bakar mengharapkan permintaan akan kembali ke tahap normal dalam beberapa hari lagi, adalah tepat kita mengambil langkah berjaga-jaga ini.

“Sekiranya diperlukan, penempatan anggota tentera akan menyediakan rantai bekalan dengan kapasiti tambahan sebagai langkah sementara untuk membantu meringankan tekanan yang disebabkan oleh lonjakan permintaan bahan bakar,” kata Menteri Perniagaan Kwasi Kwarteng dalam satu kenyataan.

Pemandu kapal tangki tentera akan mendapat latihan khusus sebelum dikerahkan untuk membantu menangani masalah rantaian bekalan, kata kerajaan.

Permintaan bahan bakar bermaksud 50% hingga 90% pam kering di beberapa kawasan di Britain, menurut The Petrol Retailers Association (PRA), yang mewakili peruncit bahan bakar bebas yang menyumbang 65% daripada sejumlah 8,380 stesen minyak di United Kingdom.

Industri petrol berkata, tidak ada berlaku kekurangan bekalan petrol di negara ini.

Isunya hanya pengangkutan petrol dan diesel ke stesen minyak, ujarnya.

“Memandangkan banyak kereta sekarang menggunakan lebih bahan bakar daripada kebiasaannya, kami menjangkakan permintaan akan kembali ke tahap normal dalam beberapa hari akan datang.

“Oleh itu, kami meminta semua orang untuk membeli bahan bakar seperti biasanya,” kata kenyataan sebuah gabungan firma bahan api.

Kerajaan merancang untuk mengeluarkan visa sementara kepada 5,000 pemandu trak asing, menangguhkan undang-undang persaingan dan menarik bekas pemandu kembali ke industri dalam usaha mengatasi kekurangan tenaga kerja. – MalaysiaGazette