Bendera kebangsaan Korea Utara.

TOKYO – Korea Utara didakwa melepaskan peluru berpandu balistik – pelancaran kali kedua dalam bulan ini.

Peluru berpandu yang tidak dapat dipastikan itu dibedil di luar perairan zon ekonomi eksklusif Jepun

Menurut tentera Korea Selatan, pelancaran itu pada jam 6.40 pagi pada waktu tempatan.

Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga memerintahkan kerajaannya untuk melakukan analisis pelancaran dan siap sedia menghadapi situasi yang tidak dapat diramalkan. – Xinhua