KUALA LUMPUR – “Isu SPRM mesti ada kesudahan,” tegas Datuk Mohd Puad Zakarshi.
Ini kerana, isu-isu yang melanda Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia itu boleh menghakis imej kerajaan baharu jika penjelasan dan tindakan tegas tidak diambil.
Veteran UMNO itu mendakwa, SPRM terpalit dengan berbagai-bagai pendedahan dan tuduhan-tuduhan berkenaan yang tidak boleh disapu di bawah tikar.
Artikel berkaitan: Tiada laporan polis diterima berhubung kes curi wang Hasanah
DAP desak SPRM, polis beri penjelasan kehilangan wang tunai USD6 juta
Rupa-rupanya SPRM bertindak sendiri – Shahrir
SPRM didakwa Tok Him indah khabar dari rupa
”Kini ada tuduhan kehilangan duit yang disita itu baru sikit sahaja yang terdedah. Apakah kehilangan duit bahan bukti pernah berlaku sebelumnya?,” soal beliau.
Apa yang menggusarkan ialah ada tuduhan, pegawai yang disiasat memang “bermasalah” dan “tidak boleh disentuh”.
”Kononnya dia orang istimewa,” dakwa Puad.
Lantaran itu, beliau mempersoalkan, kalau pegawai SPRM bermasalah dan ada tuduhan wujud orang kebal dalam SPRM maka apa jaminan rasuah dapat dibanteras seadilnya.
”Wajar dinilai apakah SPRM “suruhanjaya tulen” atau “suruhanjaya separuh masak?,” soal beliau lagi. – MalaysiaGazette