Tiga kluster baharu berkaitan Covid-19 dikesan di negara ini.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 15 lagi kluster baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sembilan daripada kluster baharu itu adalah membabitkan tempat kerja manakala enam kluster melibatkan  komuniti.

Menurutnya, sebanyak 198 kes dilaporkan daripada kluster tempat kerja itu dan 153 kes lagi pada kluster komuniti tersebut.

Terdapat 1,124 kluster direkodkan masih lagi aktif namun, jumlah keseluruhan kluster yang telahpun ditamatkan adalah sebanyak 4,338 kluster.

Sementara itu, Dr. Noor Hisham memaklumkan, daripada 12,434 kes baharu yang dicatatkan hari ini 207 kes adalah berkaitan dengan kategori tiga, empat dan lima.

Manakala, 12,227 kes lagi terdiri daripada kategori satu dan dua. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast