Penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal Chek Hashim. foto NOOREEZA HASHIM, 02 NOVEMBER 2019.

KUALA LUMPUR – Penjaga gol Kedah Darul Aman FC, Ifwat Akmal mengakui tahap keyakinannya semakin tinggi untuk terus mengawal gawang dengan lebih cemerlang di pentas TM Piala Malaysia selepas kembali diberi kepercayaan dalam kesebelasan utama.

Sejak diberi peluang kembali beraksi dalam saingan liga pada Ogos lalu, aksi Ifwat tidak mengecewakan untuk membantu pasukan meraih gelaran naib juara Liga Super pada musim ini.

Selepas menang ke atas Kelantan United FC dalam aksi pertama Kumpulan C Piala Malaysia, pemain berusia 25 tahun ini mengakui moral mereka semakin membara untuk terus mengumpul mata, tetapi ia masih belum menjamin untuk Ifwat terus kekal dalam skuad utama selain tetap bersaing hebat dengan Shahril Saari.

Namun, bakal berdepan Melaka United FC pula pada malam esok, Ifwat menyifatkan dua penyerang lawan iaitu Sony Norde dan Adriano antara tonggak utama lawan yang perlu diawasi sebaik mungkin bagi memastikan gawang tidak bolos.

“Setakat ini saya bersyukur kerana berasa lebih yakin dalam setiap perlawanan berbanding sebelum ini memang ada rasa gugup sebab dah lama tak turun beraksi, tetapi sekarang semua dah baik.

“Cuma, untuk lawan Melaka United pada malam esok, saya boleh katakan mereka memang kuat sebab apabila menentang Negeri Sembilan FC (NSFC) tempoh hari, aksi mereka semakin baik, jadi kami memang kena hati-hati.

“Terutamanya dua penyerang (Adriano dan Norde) yang memang suka melakukan asakan pantas dan merbahaya, tetapi untuk saya, saya akan cuba sebaik mungkin untuk terus jaga gawang dengan lebih berhati-hati agar tidak bolos”, katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast