Gambar hiasan

SYDNEY- Kes Covid-19 di Melbourne melonjak ke rekod baharu pada Khamis meskipun negeri itu telah melaksanakan sekatan pergerakan penuh hampir dua bulan bagi mengekang penyebaran varian Delta.

Pegawai-pegawai kanan kerajaan mengatakan punca lonjakan kes berkenaan adalah disebabkan aktiviti berkumpul beramai-ramai di rumah untuk menonton acara sukan.

Pihak berkuasa Victoria menganggarkan hampir satu pertiga daripada 1,438 jangkitan baharu pada Khamis adalah disebabkan parti menonton perlawanan akhir Australian Rules Football di rumah.

“Kebanyakan kes sepatutnya boleh dielakkan..Saya bukan mahu menyalahkan sesiapa tetapi saya cuba untuk memberi penjelasan kerata terdapat ramai yang hairan bagaimana boleh berlaku lonjakan kes dengan terlalu banyak dan pantas,” kata Ketua Menterinya, Daniel Andrews dalam satu taklimat media.

Kerajaan mengakui lonjakan sebanyak 50 peratus pada Khamis adalah satu halangan terbesar dalam menguruskan jangkitan, ketika negeri itu sedang bertungkus-lumus memvaksin 5.5 juta populasi dewasanya.- Agensi