Keputusan Piala Malaysia 2021.

KUALA LUMPUR – Naib juara Liga Perdana, Sarawak United terus melakar sejarah dalam saingan Piala Malaysia apabila menewaskan satu lagi pasukan Liga Super, Sri Pahang FC (SPFC) 1-0 di Stadium UiTM Shah Alam, malam tadi.

Ini menyaksikan skuad Tok Gajah menjadi mangsa kedua ‘The Crocs’ setakat ini selepas mereka sudahpun ‘membaham’ Penang FC 3-1 pada aksi pembukaan Kumpulan A sebelum ini.

Kemenangan itu membolehkan skuad bimbingan E Elavarasan itu mendahului Kumpulan A dengan rekod bersih dua kemenangan daripada dua perlawanan setakat ini.

Berikut adalah keputusan lain.

Foto Facebook MFL.

– MalaysiaGazette