Suruhanjaya Sekuriti

KUALA LUMPUR – Bekas akauntan Asia Media Group Berhad (AMGB), Ong Kar Kian, 40, dikenakan denda di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam, atas kesalahan mengemukakan kenyataan palsu berhubung jumlah hasil pendapatan AMGB bernilai RM11,127,000 kepada Bursa Malaysia.

Ia merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 369 (b)(B) Akta CMSA.

Penyataan palsu berkaitan pendapatan AMGB terkandung dalam Laporan Suku Tahunan AMGB mengenai hasil gabungan untuk suku tahun keempat yang berakhir pada 31 Disember 2015.

Sekiranya disabitkan kesalahan, Ken Ong boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun dan denda tidak melebihi RM3 juta.

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Kamarudin Kamsun telah memberi kebenaran jaminan sebanyak RM150,000 oleh seorang penjamin dengan syarat pasportnya diserahkan kepada mahkamah. – MalaysiaGazette