Home Dunia Bangunan lapan tingkat runtuh

Bangunan lapan tingkat runtuh

SHIMLA- Hujan lebat yang berterusan menyebabkan sebuah bangunan lapan tingkat di Himachal Pradesh, India runtuh.

Kejadian itu turut mengakibatkan beberapa kediaman berhampiran mengalami kerosakan teruk

Detik-detik akhir bangunan yang terletak di lereng bukit menyembah bumi berjaya dirakam orang ramai di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun dalam kejadian pada Khamis lalu, tiada kecederaan dan kematian dilaporkan kerana penghuni berhampiran telah diarah mengosong premis masing-masing.

Menurut Pengarah Pengurusan Bencana Himachal Pradesh, Sudesh Kumar Mokhta, bangunan yang terletak di Shimla tumbang akibat kejadian tanah runtuh susulan hujan lebat.- Agensi