KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Belia dan Sukan menyifatkan mantan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong telah menabur jasa yang besar dalam pembangunan sukan tanah air dan serantau.

Khairy Jamaluddin berkata, beliau sempat menimba ilmu dengan nama yang tidak asing dalam arena sukan negara itu.

“Allahyarham Dato’ Seri Zolkples Embong merupakan nama yang tidak asing dalam arena sukan negara. Terlalu banyak jasa yang telah ditaburkannya dalam pembangunan sukan tanah air dan serantau.

“Saya berpeluang menimba ilmu dan bekerja bersama bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara ini, antaranya sewaktu Allahyarham bertugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Sukan SEA 2017 yang turut menyaksikan Malaysia muncul sebagai juara temasaya tersebut,” tulisnya di akaun Facebook diiringi dengan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Zolkples dilaporkan meninggal dunia pagi tadi di kediamannya.

Allahyarham dipercayai meninggal dunia akibat sakit jantung.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast