ISKANDAR PUTERI – Perjalanan karier Shane Lowry bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) bermula Mei lalu akan diteruskan selepas pemain kelahiran Australia itu menandatangani kontrak lanjutan selama dua tahun.

Lowry, 31, membuktikan kemampuanya sebagai tonggak pertahanan tengah apabila beliau berjaya membantu Harimau Selatan menjuarai Liga Super pada musim ini.

Beliau beranggapan perkara itu tuah buat dirinya untuk terus kekal bersama JDT.

“Sewaktu JDT menyatakan hasrat untuk mendapatkan khidmat saya, sudah pasti ianya memberi ruang positif bagi karier saya kerana JDT adalah sebuah pasukan bola sepak yang terlalu istimewa.

“Tunku Ismail sangat profesional dalam menguruskan pasukan pada tahap yang tinggi dengan standardnya tersendiri,” kata Lowry selepas menandatangani kontrak lanjutan selama dua tahun bersama kelab, sekali gus memperbaharui kontrak enam bulan yang hampir tamat.

Lowry menyertai JDT secara percuma pada Mei lalu dari Al-Ahly dan merupakan watak penting buat pasukan itu ketika bertanding pada kejohanan Liga Juara-juara Asia (ACL) lalu.

Sementara itu, pengendali JDT, Benjamin Mora berkata, Lowry merupakan seorang pemain yang membantu mengukuhkan benteng pertahanan pasukan.

Jelasnya, dia bukan sahaja pemain yang hebat ,alah mempunyai kelebihan fizikal yang baik. – MalaysiaGazette