Gambar Hiasan. Foto MOHD ADZLAN, 15 JULAI 2021.

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Ladang Bera Selatan 5 dan 7 di Bera, Pahang selama 14 hari bermula esok hingga 19 Oktober nanti.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, pelaksanaan PKPD itu berdasarkan penilaian risiko dan trend jangkitan Covid-19.

“Hanya Ladang Bera Selatan 5 dan 7 akan dikenakan PKPD bermula esok hingga 19 Oktober nanti.

“Sementara itu, Perumahan Ladang Felda Umas 6, Kalabakan, Sabah dan Kampung Baru Cenderawasih, Pekan, Pahang, yang mula dikenakan PKPD pada 23 September lalu akan ditamatkan esok seperti dijadualkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – MalaysiaGazette