Datuk Seri Najib Razak Finance Minister i-Citra withdrawal limit
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak kecewa dengan tindakan empat Ahli Dewan Undangan Melaka (ADUN) yang menarik balik sokongan kepada kerajaan negeri itu.

Empat ADUN terbabit ialah bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron (BN – Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN – Pantai Kundor), Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu – Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas – Pengkalan Batu).

Menurut beliau, pergolakan politik di Melaka dapat dielakkan dan diselesaikan secara dalaman.

Tetapi kini sudah terlambat.

Bekas perdana menteri itu berpendapat Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka wajar ditangguhkan seperti mana penangguhan PRN Sarawak yang terbubar secara automatik pada 7 Jun lalu mengambil kira ekonomi negeri itu yang baru dibuka.

Semalam, Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam bersetuju untuk membubarkan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Keputusan itu dibuat selepas Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali telah mengutus surat kepada Mohd Ali memaklumkan bahawa empat ADUN telah hilang kepercayaan terhadapnya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga mengesahkan telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, berhubung dengan pembubaran DUN Melaka penggal Ke-14 belas semalam sebagai mana termaktub di bawah Fasal (2) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Melaka.

Setiausahanya, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, berdasarkan Fasal (4) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Melaka berkehendakkan suatu pilihan raya umum perlu diadakan dalam tempoh enam puluh hari daripada tarikh pembubaran DUN itu. – MalaysiaGazette