Petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19 ketika tinjauan eksklusif Malaysia Gazette di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur. Foto FAREEZ FADZIL, 04 JUN 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 12, 724 kes sembuh daripada jangkitan Covid-19 direkodkan hari ini, mengatasi kes positif harian.

Jumlah ini menjadikan kumulatif kes sembuh sebanyak 2,170,289 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 792 kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 386 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak  enam lagi kluster tempat kerja dikesan hari ini manakala dua kluster komuniti manakala satu kumpulan berisiko tinggi dan satu lagi kluster pendidikan.

Dalam pada itu, sebanyak 4,696 kluster telah ditamatkan.

“Jumlah kluster aktif terkini adalah 874 kluster,” katanya menerusi kenyataan.

Hari ini Kementerian Kesihatan memaklumkan sebanyak 9,751 kes positif harian hari ini.

Daripada jumlah itu, 206 kes (2.1 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 9,545 kes (97.9 peratus) lagi adalah daripada kategori 1 dan 2.- MalaysiaGazette