Gari nasyid singer drug Youtuber murder Penang
Gambar hiasan

FOUNTAIN VALLEY, California – Seorang lelaki yang disyaki merompak sebuah bank di selatan California ditahan ketika dia cuba merompak bank yang sama pada hari berikutnya, kata polis.

Lelaki tersebut memasuki Chase Bank di bandar Fountain Valley pada petang Isnin lalu dan menyerahkan nota kepada juruwang mengarahkan menyerahkan wang, kata para pegawai.

Beliau melarikan diri dengan ‘jumlah tunai yang banyak’ sebelum anggota polis tiba di bank tersebut, kata Jabatan Polis Fountain Valley dalam satu kenyataan seperti dipetik AP.

Bagaimanapun, pada pagi Selasa, polis menerima panggilan telefon memaklumkan rompakan sedang berlaku di bank yang sama, menurut kenyataan itu.

Bertindak atas maklumat tersebut, polis menahan suspek berusia 33 tahun.

Lelaki tersebut, yang sebelum ini melakukan rompakan di bank yang sama, ditahan di Penjara Daerah Orang kerana gagal membayar ikat jamin AS$170,000. – Agensi