Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada prapelancaran Keluarga Malaysia di Auditorium Perdana Angkasapuri, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 08 OKTOBER 2021.

KUALA LUMPUR – Kebenaran merentas negeri akan dilaksanakan secara serentak di seluruh negara sebaik sahaja kadar peratusan vaksinasi mencecah 90 peratus.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengumuman itu akan dibuat dalam masa terdekat.

“Tunggu saya akan umumkan. Tetapi dah tak lama dan akan dibuat serentak seluruh negara.

“Dulu kerajaan hendak beri kebenaran apabila kadar vaksinasi mencecah 80 peratus, tapi ada lagi negeri yang masih rendah.

”Kalau dibuka seluruh negara mungkin beri kesan tidak baik di negeri-negeri terbabit kerana program vaksinasi di negeri-negeri masih lagi di peringkat rendah antara 60 hingga 70 peratus,” katanya kepada media selepas menghadiri program prapelancaran Keluarga Malaysia di RTM, hari ini.

Namun jika kebenaran diberi pada kadar 90 peratus, kerajaan jangka rata-rata negeri telah mencapai peratusan tertinggi vaksinasi

Justeru itu, perdana menteri meminta agar rakyat negara ini bersabar dan menunggu pengumuman yang akan dibuat oleh kerajaan tidak lama lagi.

“Lagi dua hari atau tiga hari, kita tunggu. Tapi tidak lama,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here