Gambar Hiasan. Foto AFFAN FAUZI, 08 OGOS 2021.

KUALA LUMPUR – Jumlah kematian terkini akibat jangkitan Covid-19 menurun turutn di bawah 100 kes dengan 78 kes direkodkan semalam

Daripada jumlah itu, sebanyak 23 kes merupakan kematian sebelum menerima rawatan di hospital.

Berdasarkan laman sesawang COVIDNOW, sehingga semalam jumlah kumulatif kematian berjumlah 2,170,289.

Johor merekodkan kematian tertinggi iaitu sebanyak 13 kematian diikuti Sabah (12), Selangor (12) dan Pulau Pinang (10).

Negeri lain mencatatkan jumlah kematian satu angka ialah Kelantan dan Sarawak dengan masing-masing merekodkan lapan kes manakala Kedah dan perak masing masing merekodkan 4 kes kematian.

Perlis dan Kuala Lumpur pula masing-masing merekodkan 2 kes manakala Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang masing-masing mencatatkan satu kes kematian kematian.

Sehingga semalam, tiga buah negeri iaitu Terengganu, Labuan dan Putrajaya tidak mencatatkan kes kematian baharu.

Dalam masa yang sama, laman sesawang tersebut turut memaklumkan kes aktif terkini sebanyak 15,590 kes. -MalaysiaGazette