Patung The Pillar of Shame. foto HK Free Press

HONG KONG – Patung yang memperingati pembunuhan beramai-ramai di Tiananmen di Universiti Hong Kong perlu dipindahkan.

Patung The Pillar of Shame menggambarkan puluhan badan yang koyak dan berpusing dibina bagi memperingati tragedi berdarah yang berlaku pada 1989.

Universiti mengatakan keputusan itu “berdasarkan penilaian risiko terkini dan nasihat undang-undang” tanpa memperincikan penjelasan tersebut.

Tiananmen masih menjadi topik yang ditapis di China.

Ulang tahun memperingati peristiwa itu diadakan setiap tahun di Hong Kong sehingga dilarang oleh pihak berkuasa pada tahun 2020, dengan alasan tindakan Covid-19.

Pada tahun 1989, Lapangan Tiananmen Beijing menjadi tumpuan protes berskala besar, dalam gerakan reformasi dan demokrasi.

Penunjuk perasaan telah berkhemah selama berminggu-minggu di dataran, tetapi pada akhir 3 Jun selepas tentera bergerak masuk dan melepaskan tembakan.

China memaklumkan 200 orang awam dan anggota keselamatan maut, tetapi belum ada kenyataan rasmi yang dikeluarkan secara terbuka.

Saksi dan wartawan asing mengatakan jumlahnya kematian mencecah 3,000 orang.

Awal tahun ini, sembilan aktivis pro-demokrasi dijatuhi hukuman penjara antara enam hingga 10 bulan kerana mengambil bahagian memperingati hari tersebut.

Patung Pillar of Shame, dipahat oleh seorang warga Denmark, Jens Galschiot, dipamerkan di kampus universiti itu selama 24 tahun.

Universiti ini  telah menulis surat kepada pakatan Hong Kong, sebuah kumpulan yang kini dibubarkan, meminta agar patung tersebut dikeluarkan pada 13 Oktober ini.

Ia menambah, patung itu akan dianggap “ditinggalkan” jika tidak dikeluarkan dari kampus pada tarikh berkenaan.

Galschiot memberitahu kepada Hong Kong Free Press bahawa patung itu, yang diberikan kepada pakatan sebagai hadiah, “sukar dikeluarkan”.

“Benar-benar tidak adil untuk menghapusnya dalam seminggu selepas ia disimpan selama 24 tahun,” katanya, sambil menambah tindakan itu boleh merosakkan patung berkenaan jika dipindahkan secara tergesa-gesa. – BBC