Wednesday, August 19, 2026
Home Nasional Kes baharu positif Covid-19 semakin menurun

Kes baharu positif Covid-19 semakin menurun

Covid-19 cases Noor Hisham Abdullah infection
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Malaysia terus menunjukkan trend penurunan kes positif harian Covid-19 apabila hari ini merekodkan 7,373 jangkitan baharu.

Ia merupakan perkembangan terkini dalam tempoh 24 jam  lalu dikeluarkan Kementerian Kesihatan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam Twitternya  hari ini.

Beliau berkata dengan perkembangan terbaharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 setakat ini adalah  sebanyak 2,339,594 kes.

“Maklumat terperinci pecahan kes baharu positif mengikut negeri akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: covidnow.moh.gov.my,” katanya lagi.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast