Friday, April 26, 2024
Home Ekonomi Had statutori hutang negara dinaikkan kepada 65 peratus

Had statutori hutang negara dinaikkan kepada 65 peratus

unemployment rate MCO 3.0 MCO 1.0 Finance Minister Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz PIX: MalaysiaGazette
Tengku Zafrul Abdul Aziz
KUALA LUMPUR  – Dewan Rakyat hari ini sebulat suara bersetuju meluluskan usul meningkatkan had statutori hutang negara kepada 65 peratus.
Usul itu diluluskan menerusi undian suara selepas dibahaskan oleh lebih 30 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang selepas dibawa oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Ia melibatkan pindaan kepada Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) (Pindaan) 2021, bagi membolehkan tambahan dana Kumpulan Wang COVID-19 sebanyak RM45 billion.
“Kalau lihat Akta 830, ia akan tamat pada 31 Disember tahun depan. Kuasa had itu akan tamat pada masa sama. Had statutori akan dikuatkuasakan berdasarkan Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 (Akta 637) dan Akta Pendanaan Kerajaan 1983 (Akta 275).
“Dalam hal ini, seperti saya sebut, kalau perlu melanjutkan tempoh ini, had ini akan dikekalkan pada 65% untuk beri ruang pemulihan ekonomi,” katanya lagi.
Terdahulu sewaktu membentangkan pindaan tersebut, Tengku Zafrul berkata, kementerian akan memastikan sokongan berterusan khususnya supaya golongan B40 dan Keluarga Malaysia yang terkesan mendapat bantuan bagi meringankan beban mereka.
Menurutnya, ia juga bertujuan untuk mengukuhkan sistem kesihatan awam terutamanya bagi membendung penularan wabak Covid-19 serta merawat pesakit wabak itu dan menyokong kelangsungan perniagaan, terutamanya bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta PKS mikro, ujarnya.
Dalam pada itu Tengku Zafrul berkata, kerajaan menyedari perlu ada usaha untuk mengawal perbelanjaan dan memastikan sasaran pengurangan defisit fiskal dapat dicapai, seperti mana yang tergaris dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).  – MalaysiaGazette