Orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan vaksin melalui Program Selangor Vaksin (SelVax) Mobile secara 'walk-in' di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Dataran Santai Ampang Point, Kuala Lumpur. Foto FARHAN MAHAMAD, 16 SEPTEMBER 2021.

KUALA LUMPUR – ProtechHealth Corporation Sdn Bhd telah membangunkan program tempahan vaksin untik golongan dewasa mulai hari ini.

Program vaksinasi secara tempahan ini bagi mengelakkan pembaziran dan ketidakpastian permintaan vaksin, kata Kementerian Kesihatan.

Kumpulan sasaran bagi program ini adalah golongan dewasa yang baru mendaftar dan belum mendapat janji temu, golongan dewasa yang terlepas janji temu dos pertama atau kedua dan golongan lain yang akan diumumkan oleh Kementerian Kesihatan dari semasa ke semasa.

KKM berkata, golongan ini boleh menghubungi fasiliti terpilih untuk mendapatkan slot janji temu dan akan diberikan tarikh vaksin. – MalaysiaGazette