Foto Instagram Safura.

KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyanyi, Safura Ya’cob kehilangan anak perempuannya, Noor Shafiela yang meninggal dunia semalam.

Penyanyi yang sinonim dengan lagu Sedalam Mana Cintamu ini berkongsi khabar duka itu bersama peminat menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya.

“Alhamdulillah…ciuman terakhir mama buat Not…wangi seharum kasturi …semoga Allah tempatkan kamu anak ku Noor Shafiela didlm syurga Allah…..Aamiin..,” tulisnya.

Safura dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nurul Natasha Abdul Rani dan Muhammad Daniel Khaqim Mohd Khairi, hasil perkahwinan yang terdahulu.

Selepas itu, Safura mendirikan rumah tangga bersama pelakon Sahronizam pada tahun 2005 dan dikurniakan 4 orang cahaya mata bernama Yusoff Firdaus, 12, Zara Nur Aisyah, 11, Ariana Sofia, 7 dan Nur Aisyah Mariam yang telah meninggal dunia ketika berusia tiga tahun pada 2008. – MalaysiaGazette