Eden Hazard. Foto Eurosport.
LONDON – Chelsea dilaporkan sedang memulakan perbincangan tidak rasmi bagi membawa semula Eden Hazard ke Stamford Bridge, lapor www.mirror.co.uk.
Pemain berusia 30 tahun itu pernah menempa nama di Stamford Bridge sebelum berhijrah ke Real Madrid dua tahun lalu.
Namun nasib tidak menyebelahi pemain antarabangsa Belgium itu kerana dia kerap dihimpit masalah prestasi dan kecederaan.
Namun pemilik Chelsea, Roman Abramovich yakin Chelsea akan dapat kembalikan prestasi Hazard sekiranya dia kembali.

Pada Jun 2019, Hazard berhijrah ke La Liga selepas Real dilaporkan bersetuju membayar yuran perpindahan sekitar £88 juta dengan kontrak lima tahun dan tambahan beberapa lagi bonus.

Hazard menjadi idaman Real selepas Piala Dunia 2018 namun Chelsea enggan menjualnya pada sebarang harga dan yakin dia akan menyambung kontrak di kelab London itu.

Namun Hazard memutuskan untuk tidak melanjutkan kontrak dengan The Blues dan mahu cabaran baharu di bawah pengurus Zinedine Zidane. – MalaysiaGazette