Foto Reuters/Ognen Teofilovski

SKOPJE – Juara dunia empat kali, Jerman muncul pasukan pertama menyertai tuan rumah Qatar menempah tiket ke Piala Dunia 2022 selepas menang 4-0 mengatasi Macedonia Utara di sini awal pagi tadi.

Skuad kendalian Hansi Flick yang menyertai tuan rumah Qatar berjaya membalas dendam kekalahan mengejut 2-1 kepada skuad sama awal tahun ini.

Kejayaan itu membolehkan Jerman meraih kemenangan ketujuh daripada lapan perlawanan.

Mereka kini mendahului dengan lapan mata daripada Kumpulan J berbaki dua perlawanan.

Kemenangan 1-0 Romania mengatasi Armenia di Bucharest mengesahkan Jerman ke pusingan akhir Piala Dunia buat kali ke-18 berturut-turut. – MalaysiaGazette