S Kisona

KUALA LUMPUR – Malaysia menghuni kedudukan tercorot Kumpulan D selepas kekalahan 1-4 kepada Kanada pada kempen terakhir Piala Uber awal pagi tadi.

Malaysia kalah dalam semua perlawanan sebelum ini apabila tewas 1-4 kepada Denmark, diikuti 0-5 di tangan China selepas menghantar ramai pemain muda pada Piala Uber kali ini.

Kejohanan badminton berpasukan wanita itu juga menimbulkan persoalan buat perseorangan wanita negara, S. Kisona yang bukan sahaja kalah semua perlawanannya, malah tewas dengan keputusan mudah.

Kisona kembali ke gelanggang dengan harapan untuk menghadiahkan mata pertama kerana lawannya hanyalah pemain No. 183 dunia, Talia Ng selepas direhatkan dalam pertemuan menentang China.

Malangnya pemain No. 53 dunia tumpas 9-21, 14-21 dalam masa 36 minit, sekali gus memberi permulaan sumbang buat negara.

Malaysia menurunkan Teoh Mei Xing-Yap Ling sebagai beregu pertama, dan pasangan No. 68 dunia itu memberi tentangan kepada gandingan ranking ke-20, Rachel Honderich-Kristen Tsai sebelum kalah 21-13, 10-21, 14-21.

Impian untuk menyaksikan Eoon Xi Quan melakar satu lagi kejutan di Aarhus, Denmark tidak kesampaian apabila dia tewas 12-21, 13-21 kepada pemain No. 1855 dunia, Rachel Chan.

K. Letshanaa yang turun sebagai perseorangan ketiga gagal menambah mata selepas tumpas 21-17, 16-21, 12-21 kepada kepada Wen Yu Zhang. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Kenapa takde pemain Melayu BAM? Basikal,bolasepak, ragbi ramai Melayu
    Badminton sorang pun takde….

Comments are closed.