Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendapat izin untuk mendakwa seorang Ahli Parlimen esok.

Proses pendakwaan akan berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur jam 9 pagi.

Perkara itu dimaklumkan SPRM dalam edaran jemputan liputan media hari ini.

Edaran itu bagaimanapun tidak menyatakan nama Ahli Parlimen berkenaan serta jenis kesalahan yang dilakukan.

MalaysiaGazette sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut mengenai pendakwaan tersebut.

Difahamkan Ahli Parlimen yang akan didakwa adalah dari Sabah. – MalaysiaGazette