KUALA LUMPUR – Sehingga jam 3 petang ini, proses pemulihan bekalan air di 998 kawasan yang terjejas telah mencapai tahap 78%

Pengurusan Air Selangor berkata, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

Sebahagian besar kawasan Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air pada 13 Oktober lalu ekoran kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal yang akan menyebabkan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1).

Pelaksanaan kerja-kerja ini telah tertangguh daripada jadual asal iaitu pada tahun 2019 dan 2020 berikutan insiden pencemaran air yang menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual berskala besar. – MalaysiaGazette