Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menjelaskan anak perempuannya telah menetap di Singapura sejak dua hingga tiga lalu.

Ini kerana, anaknya itu mengikut suami yang menjalankan perniagaan di Singapura.

”Ini pun jadi isu?,” soal Najib.

Bekas perdana menteri itu menambah, menantu beliau warga Kazakhstan.

“Kalau dia meniaga kat Malaysia orang tuduh dia guna kabel pulak,” jawab Najib kepada komen netizen yang menggunakan akaun Twitter Rozy Razit.

Pemilik akaun itu dalam komennya mengaitkan isteri TMJ (Tengku Mahkota Johor) yang bersalin di Hospital Sultanah Aminah.

Anak menteri nak bersalin di Singapura, ujar Rozit Razit.

Hari ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Datin Seri Rosmah Mansor untuk mendapatkan semula pasport buat sementara bagi membolehkan dia ke Singapura.

Rosmah yang merupakan isteri Najib mahu pergi ke Singapura bagi menemani anak perempuannya, Nooryana Najwa yang sedang sarat mengandung yang akan melahirkan anak kedua dalam tempoh terdekat ini.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan membenarkan permohanan Rosmah dengan syarat pasport itu dipulangkan kembali pada atau sebelum 6 Disember tahun ini.

Najib juga telah mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Rayuan untuk mendapatkan pasport antarabangsa beliau buat sementara waktu bagi perjalanan ke Singapura atas alasan sama.

Permohonan itu akan didengar pada Isnin depan. – MalaysiaGazette