Bibir Haris Anuar bengkak luar biasa selepas disengat tebuan.

KUALA LUMPUR – Pelakon Harris Anuar berdepan situasi yang tidak disangka selepas disengat seekor tebuan hingga membuatkan bibirnya membengkak agak luar biasa.

Menurut Harris, 28, perubahan bibirnya yang dikatakan seolah-olah seperti aktres Angelina Jolie itu bukanlah daripada penggunaan ‘filter’.

Sebaliknya, ia merupakan realiti yang berlaku ke atas dirinya yang juga sepupu kepada Neelofa.

“Kejadian berlaku awal pagi tadi waktu nak mandi, bangun untuk solat Subuh semua.

“Saya nak cuci muka, air sejuk. Then ada seekor tebuan hinggap dekat tuala.

“Saya tak perasan pun jadi bila bilas muka, then bila tutup je dengan tuala, tebuan tu terperangkap antara muka.

“Lepas tu tebuan terus zapp ketip, sengat di bibir. Terus jadi macam ni.

“Ini bukan filter ye guys,” katanya dalam satu rakaman video.

Harris yang juga anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Dr Zaiton Hassan atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ton memberitahu dia kini telah dimasukkan ke hospital. – MalaysiaGazette