KUALA LUMPUR- Tan Sri Md Nor Yusof telah melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) berkuatkuasa hari ini.

TH menerusi kenyataan berkata, Md Nor telah memacu usaha-usaha penyusunan semula, perkukuhkan tadbir urus serta kedudukan kewangan TH sebagai sebuah organisasi Islam yang bertanggungjawab menguruskan simpanan umat Islam untuk melaksanakan rukun Islam yang kelima.

Setakat 30 Jun 2021 jumlah deposit TH ialah RM81.14 bilion iaitu tahap tertinggi sejak ia  ditubuhkan 58 tahun yang lalu.

“Ini mencerminkan tahap kepercayaan dan keyakinan yang lebih tinggi dari pendeposit,” menurut kenyataan itu.-MalaysiaGazette