Pesawat MiG-31. Foto: Facebook

MOSCOW – Rusia mengerahkan pesawat pejuang, MiG-31 untuk mengiringi pesawat pengebom, B-1B milik Amerika Syarikat (AS) yang berada di ruang udara Laut Jepun, kata Pusat Pengurusan Pertahanan Nasional Rusia.

Menurut pusat itu, sistem kawalan ruang udara Rusia mengesan sasaran di kawasan nuetral perairan Laut Jepun yang menghampiri sempadan negara itu.

Pesawat MiG-31 dari Daerah Tentera Timur bertindak balas terhadap amaran itu dan dikerah untuk mengenalpastinya.

“Kru jet pejuang Rusia mengenalpasti sasaran sebagai pesawat pengebom Lancer B-1B milik AS dan mengiringinya  di ruang udara Laut Jepun.

“Tiada pencerobohan sempadan Rusia dibenarkan,” kata pusat itu seperti dipetik agensi berita, Tass.

Pusat itu menjelaskan, jet pejuang Rusia itu mematuhi prosedur yang ketat terhadap undang-undang antarabangsa mengenai penggunaan ruang udara. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast