Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Tiada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) baharu dilaksanakan hari ini.

Ketua Pengarah ajlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, ini menunjukkan perkembangan positif untuk tujuh hari berturut-turut.

Jika semalam terdapat dua PKPD ditamatkan, namun tiada penamatkan PKPD hari ini.

MKN turut memaklumkan tiada PKPD dilanjutkan tempoh untuk hari ini.

Semalam, tiga PKPD ditamatkan di Pahang iaitu Kampung Orang Asli Ulu Pareh di Bentong; PKPD Kampung Orang Asli Sungai Kelang, Mukim Batu Talam dan PKPD Kampung Mokodou, Ranau di Sabah yang tamat siang tadi. – MalaysiaGazette