The Chairman of Election Commission (EC), Datuk Abdul Ghani Salleh at a news conference on announcement of Melaka State Election (EC). PIX: AMIRUL SHAUFIQ / MalaysiaGazette / 18 OCTOBER 2021
Abdul Ghani Salleh

BANDAR HILIR – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke- 15 diadakan pada 20 November depan.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata hari penamaan calon ditetapkan pada 8 November manakala hari mengundi awal pada 16 November depan.

“Tempoh berkempen ditetapkan 12 hari bermula selepas pengisyitiharan calon-calon yang bertanding pada 8 November sehingga pukul 11.59 malam 19 November Jumaat,” kata Abdul Ghani.

Dalam pada itu, SPR kata Abdul Ghani menyasarkan 70 peratus pengundi yang akan keluar mengundi pada hari berkenaan.

“SPR juga menohon kerjasama semua pihak termasuk pihak media dan parti-parti politik agar turut mengambil langkah untuk menyeru dan menggalakkan pengundi supaya keluar mengundi,” katanya lagi.

SPR juga melantik seramai 12,290 petugas yang akan dilantik bagi mengedalikan proses PRN Melaka manalaka seabanyak 217 buat pusat mengundi biasa yang mengandungi 1,109 saluran mengundi.

Malah SPR turut menempatkan 31 pusat mengundi awal bagi 47 saluran mengundi awal.

Jumlah peruntukan untuk mengadakan PRN negeri ini adalah sejumlah RM46 juta.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan pada 4 Oktober lalu selepas Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Rustam bersetuju membuat keputusan itu.

Ini selepas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali mengutuskan surat pembubaran kepada Mohd Ali.

Ia susulan empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap kerajaan negeri.

Empat bekas ADUN itu adalah ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron, ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan, ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee dan ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad. – MalaysiaGazette