MACC senior officer Bukit Aman Criminal Investigation Department (CID) Director Datuk Abd Jalil Hassan at a news conference in Rawang, Selangor. PIX: FARHAN MAHAMAD / MalaysiaGazette / 21 SEPTEMBER 2021 MACC senior officers Hasanah Abdul Hamid RM25 million USD$6 million theft remand Ebit Lew sexual harassment
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Abd Jalil Hassan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam proses untuk mendapatkan pengesahan pihak berkuasa Australia mengenai dakwaan usahawan kosmetik dalam buruan, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman yang dikatakan berada di negara berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, PDRM sudah memulakan tindakan dengan berhubung pihak berkuasa Australia bagi mendapatkan kepastian mengenai maklumat itu.

“Kita tidak dapat sahkan lagi (Nur Sajjad berada di Australia). Kita akan rujuk juga kerajaan Thailand selain Australia dan dapatkan pengesahannya terlebih dahulu mengenai status kedudukan semasa mengenainya,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Menurut Abd. Jalil, selepas PDRM memperoleh pengesahan tentang keberadaan Sajjad, barulah tindakan susulan akan disusun Bukit Aman berlunaskan undang-undang yang ada.

ARTIKEL BERKAITAN:

Semalam, Abd Jalil juga berkata, tidak ada sebarang maklumat yang boleh mengesahkan dakwaan Sajjad sudah berhijrah dari Thailand ke Australia.

Dalam status Sajjad di Instagram, usahawan itu mendakwa dia kinii sedang menjalani kuarantin di Canterbury, Australia dan secara rasminya sudah berhijrah ke negara itu dengan bantuan kerajaan negara itu.

Malah usahawan kosmetik itu sebagai mewajarkan perbuatannya itu berkata dia sebenarnya tidak melarikan diri sebaliknya hanya berhijrah dari Thailand ke Australia.

Pada 8 September lalu, Sajjad telah ditahan oleh pegawai Imigresen Thailand kira-kira pukul 6 petang kerana memiliki pasport tidak sah dan didakwa di mahkamah Thailand pada keesokan hari.

Bagaimanapun dia telah dibebaskan dengan wang jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat seorang kenalan warga tempatan bernama Misha.

Sajjad telah melarikan diri ke Thailand didakwa dengan cara tidak sah menggunakan keretapi sejurus selepas Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap Muhammad Sajjad kerana gagal menghadirkan diri pada sebutan semula kesnya tanpa sebarang sebab pada 23 Februari lalu atas dakwaan berpakaian wanita.

Beliau dikehendaki menghadapi perbicaraan mahkamah di Malaysia di bawah Seksyen 186 dan 353 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam serta menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Kita akan kaunseling Sajjad selepas balik Malaysia – Idris

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast