stabs husband with umbrella A man died at Kampung Laksamana, Batu Caves last night after being stabbed by his wife following a fight when the man accused the woman of having an affair.
A man died at Kampung Laksamana, Batu Caves last night after being stabbed by his wife following a fight when the man accused the woman of having an affair. Seorng lelaki menemui ajal selepas ditikam isterinya dalam pertengkaran selepas wanita itu berang dituduh mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain oleh simati dalam kejadian di Kampung Laksamana,Batu Caves malam tadi.

GOMBAK – Seorang wanita menikam suaminya dengan menggunakan besai payung gara-gara tidak puas hati dan naik angin dengan sikap suaminya yang menuduh dia curang.

Tragedi itu berlaku ketika pasangan suami isteri tersebut bertengkar mulut di kediaman mereka di Batu Caves pada jam 11.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang wanita Melayu yang mengadu jirannya, seorang lelaki India disyaki telah bunuh diri di Kampung Laksamana, Batu Caves.

“Pasukan polis yang melakukan siasatan diberitahu kematian itu berlaku selepas perang mulut di antara mereka bertambah teruk.

“Simati dikatakan telah mengambil sebilah gunting cuba menyerang suspek (isteri).

“Tindakan suaminya (simati) itu menyebabkan suspek (isteri) bertindak balas dengan mematahkan besi kaki payung yang ada di rumahnnya dan terus menikam simati di bahagian bawah perut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, tindakan tersebut menyebabkan simati terus rebah dan terbaring di atas tilam dalam keadaan berlumuran darah dan meninggal dunia.

Menurut Zainal, polis telah menemui senjata yang digunakan oleh suspek untuk menikam simati iaitu sebatang besi kaki payung di belakang rumah mereka.

Siasatan lanjut mendapati motif kejadian kerana cemburu dan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.

Zainal menambah, proses bedah siasat akan dilaksanakan Jabatan Forensik HKL pada Rabu ini selepas laporan ujian Covid 19 diperolehi.

Katanya, polis telah menangkap seorang isteri simati yang berumur 26 tahun dan reman telah diperoleh selama tujuh hari untuk siasatan lanjut.

Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati jika disabitkan kesalahann.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tambahan berhubung kes ini bolehlah berhubung dengan Pegawai Penyiasat dalam kes ini, ASP Agilan a/l Iswaran di talian nombor 03-61262222 / 019-5230801.- MalaysiaGazette