ISRAEL – Seorang lelaki maut setelah tergantung dari belon udara panas dan jatuh dari ketinggian 100 meter sebelum terhempas di atas sebuah kereta yang bergerak berhampiran bandar Afula semalam.
Media di negara berkenaan melaporkan mangsa berusia 20-an itu adalah anggota kru perkhidmatan belon udara yang tergantung di bakul setelah belon dilepaskan.
Penumpang belon cuba menariknya ke dalam tetapi dia tergelincir dan jatuh.
Paramedik mengesahkan lelaki itu mati di tempat kejadian seperti laporan BBC News.
Pengemudi belon itu kemudiannya mendaratkan belon udara panas itu dengan selamat dan kejadian akan disiasat oleh polis dan pihak berkuasa penerbangan awam.- Agensi