covid-19
Sebanyak lapan kematian dilaporkan KKM semalam. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 76 kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam dengan 14 kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID), menurut perincian dikeluarkan GitHub.

Jumlah kumulatif kematian kini mencecah 28,138 kes.

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan Sarawak mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu 12 kes, diikuti Johor (11), Sabah (10), Kedah (9), Pulau Pinang (8), Selangor (6), Perak (5), Pahang dan Terengganu masing-masing empat kes, Kelantan (3), Melaka (2) serta Negeri Sembilan dan Perlis masing-masing satu kes.

Tiada kes kematian dilaporkan di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 81,955 kes aktif dilaporkan, termasuk 666 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 329 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 9,401 kes sembuh turut dilaporkan.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan kini mencecah 2,407,382 kes. – MalaysiaGazette