Sebanyak 4,970 kes sembuh Covid-19 direkodkan hari ini.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 9,178 kes sembuh pada hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan berjumlah 2,320,391 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 620 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) yang mana 297 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, beliau berkata, hanya dua kluster baharu dikesan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melibatkan jangkitan tempat kerja.

“Ianya merupakan Kluster Jalan Sentol Kluang di Johor dan Blok 03 di Sabah,” katanya menerusi kenyataan.

Katanya, sehingga kini 5,162 kluster telah tamat manakala 557 masih aktif.

Terdahulu, Noor Hisham berkata, sebanyak 5,828 kes positif baharu dilaporkan hari ini.

“Sebanyak 97 kes (1.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5 dan 5,731 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast