Foto: Kementerian Kecemasan Rusia

MOSCOW – Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh apabila sebuah kilang serbuk peluru terbakar dan meletup, kata pihak berkuasa.

Kajadian berlaku di kilang Elastik di wilayah Ryazan, Rusia yang terletak kira-kira 273 kilometer tenggara Moscow, kata Kementerian Kecemasan.

Seorang mangsa mengalami kecederaan teruk dan dibawa ke hospital, lapor UPI.

“Tubuhnya 80 peratus terbakar,” menurut pegawai kementerian tersebut, Alexei Kuznetsov seperti dipetik Interfax.

Para pegawai berkata, kebakaran dan letupan mungkin berlaku disebabkan pelanggaran proses teknologi di kilang tersebut.

Beberapa individu di kilang berkenaan dilaporkan hilang. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast