- Seramai 36 orang korban akibat jangkitan Covid-19 setakat semalam.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 42 kematian Covid-19 dicatatkan semalam menjadikan jumlah kematian terkumpul seramai 28,354 pesakit.

Daripada jumlah itu, Kementerian Kesihatan (KKM) yang mengemaskini maklumat di laman Github juga memaklumkan daripada jumlah itu, sebanyak 10 pesakit telah meninggal dunia sebelum sempat menerima rawatan di hospital.

Dalam pada itu, Sarawak telah mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu 17 kes diikuti Kelantan dan Selangor (masing-masing lima), Sabah (empat), Perak (tiga).

Manakala Johor dan Negeri Sembilan (masing-masing dua) serta Pahang, Pulau Pinang, Terengganu dan Kuala Lumpur (masing-masing satu).

Tiada kes kematian dilaporkan di Kedah, Melaka, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 77,305 kes aktif dilaporkan, termasuk 620 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 297 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 9,178 kes sembuh turut dilaporkan.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini mencecah angka 2,426,050.

KKM baru-baru ini mula mengeluarkan butiran terpeinci mengenai kes baru Covid-19 baru semalam, untuk makluman sebelum ini hanya mengeluarkan statistik kematian bersama jumlah kes Covid-19 pada sebelah petang.

Bagaimanapun kaedah itu telah diubah apabila statistik kematian dikeluarkan selepas tengah malam bersama data lain yang lebih terperinci. -MalaysiaGazette