Mamat Khalid semasa ditemubual MalaysiaGazette di Sarang Art Hub, Tanjung Malim, Perak. foto SYAFIQ AMBAK, 23 APRIL 2019

KUALA LUMPUR – Pengarah filem terkenal, Mamat Khalid atau nama sebenar Mohamad Khalid meninggal dunia selepas jatuh pengsan di di kafenya Sarang Art Hub di Tanjung Malim kira-kira jam 12.30 pagi tadi.

Allahyarham yang berusia 58 tahun menghembuskan nafas terakhir ketika dibawa dengan ambulan ke Hospital Slim Rver.

Berita kehilangan permata seni ini dikongsi Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah dalam satu kenyataaan hari ini.

Allahyarham meninggalkan isteri dan lima orang anak.

“Seluruh kepimpinan tertinggi Seniman Malaysia serta barisan Exco dan ahli-ahli Seniman mengucapkan salam takziah kepada keluarga arwah

“Seniman mendoakan agar arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumi di Ipoh pagi ini.

Allahyarman juga merupakan adik kepada kartunis terkenal negara iaitu Datuk Lat. – MalaysiaGazette